QAYYUMNEWS.CO, Malaysia– Bagi kaum wanita, baik kalangan muda, remaja dan tua sangatlah penting untuk menjaga kesehatan dan kecantikan sebagai mahkota dalam kehidupan dan keluarga.
Khususnya tentang hormon dan pengendalian emosi (stres) yang sudah tidak bisa lepas dari diri seorang manusia khususnya wanita itu yang harus dijaga dan rawat.
Untuk hal perawatan tersebut, Skyhill Clinic yang berpusat di Denai Alam, Selangor dan berkantor cabang di Johor Bahru adalah salah pilihan yang mesti Anda kunjungi dan rasakan mamfaatnya.
CEO sekaligus Founder Skyhill Clinic, Dr. Norhaslinda Bt Mat Hassin yang memegang jawatan sebagai Ketua Pegawai Eksekutif di Skyhill Clinic Denai Alam Selangor dan juga Skiyhill Clinic Cawangan Johor Bahru yang terbaru beroperasi bulan Mei 2023.
Ia memperjuangkan kesehatan hormon wanita dengan menstabilkan gangguan hormon yang mengganggu emosi malah produktiviti wanita dengan slogan ” Hormon Optima, Pemangkin Kesejahteraan Wanita Berjaya”.
Pada kali ini, Dr. Linda coba menyajikan penyampaiannya tentang kebaikan terapi hormon kepada wanita yang haid tidak teratur maupun sakit dan bengkak Payudara (PMS).
Kebaikan Terapi Hormon kepada Wanita yang Haid Tidak Teratur mahupun Sakit dan Bengkak Payudara ( PMS)
1). Apa itu rawatan hormon BHRT ( Bio Identical Hormones Replacement Therapy)?
Apabila kita mendengar rawatan hormon, apakah perkara pertama yang kita bayangkan? Samada rawatan hormon ini tidak terlintas diminda kerana tidak diperlukan untuk diri kita ataupun jika saya teruskan terapi hormon ini saya takut risiko untuk terdedah mendapat kanser!
Baiklah tugas utama saya untuk memberi penjelasan dan pencerahan.
Hormon Bio-identikal ini adalah hormon yang lebih mesra kepada badan manusia kerana mempunyai struktur molekul yang hampir sama dengan hormon semula jadi dalam badan kita termasuklah hormon seperti testosteron, estrogen, DHEA, tiroid dan progesteron.
Kini, lebih ramai pakar pakar perubatan mahupun pengamal perubatan di Malaysia telah terlatih dan beralih kepada rawatan gantian menggunakan hormon bio-identical demi membantu lebih ramai pesakit yang memerlukan demi menjalani hidup dengan lebih gembira kerana mereka ini memilih untuk hidup dengan kadar kesihatan ynag luar biasa, bukan dengan biasa biasa sahaja.
Perlu dijelaskan juga, kini telah banyak kajian dan data yang menyatakan kebaikan rawatan hormone bio-identikal ini, sebagai contoh hormon progesteron dapat melindungi wanita daripada terdedah kepada penyakit kanser payudara.
Begitu juga dengan testosteron ataupun ‘ king of hormone’ untuk lelaki ini, mengurangkan risiko terdedah kepada kanser prostate.
Malangnya, ramai menganggap kedua-dua jenis hormon sintetik dan bioidentikal adalah sama sahaja Walaupun ramai doktor menganggap penggunaan hormon sintetik tidak baik,tetapi penggunaannya masih diterima ramai.
Perlu dijelaskan sekali lagi, ramai masih tidak sedari, tidak mengetahui atau tidak memahami yang kedua-dua jenis hormon itu berbeza sama sekali.
Masalah haid tidak teratur dan sakit atau bengkak payu dara yang lebih dikenali sebagai PMS ((Pre Menstrual Syndrome) adalah cabaran utama wanita bekerjaya usia muda mahupun meningkat usia kerana menjejaskan prestasi kerjaya dan gangguan emosi terhadap hubungan keluarga dan rakan rakan.
Isu ini tidak dipandang remeh kerana saya percaya jika mereka ini dibantu dengan rawatan hormon bio-identikal ini, produktiviti dan emosi wanita bekerjaya menyumbang kepada ekonomi negara dan keluarga dapat dipulihkan.
Gangguan hormon, PMS juga memberi cabaran utama adik adik remaja kerana emosi mereka terganggu pada peringkat awal mereka mendapat haid pertama sehingga setahun selepas itu.
Pada masa ini jua, para Ibu memainkan peranan yang penting membawa anak anak remaja berjumpa dengan doktor yang terlatih dalam bidang ini.
Hormon bio-identikal juga membantu wanita yang mempunyai simptom menopos seperti mood yang tidak stabil, berpeluh pada waktu malam, pertambahan berat badan, kulit kering dan kedutan diwajah dan mudah lupa malah nyanyuk.
2) Boleh Dr jelaskan punca boleh terjadinya masalah haid tidak teratur dan sakit mahupun bengkak payudara semasa haid?
Saban hari wanita meningkat usia, dengan terdedah kepada cabaran kerja mahupun stres yang melampau atau berpanjangan, pemakanan, diet dan nutrisi yang tidak seimbang serta faktor persekitaran yang tercemar dan toksin yang tinggi seperti asap rokok, air dan makanan yang tercemar dengan logam berat, sinaran UV atau EMR dan bahan kimia dalam penjagaan muka dan badan seperti kosmetik, losen pelembap, sabun dan minyak wangi menyerap masuk kedalam badan.
Hari demi hari, tanpa disedari dan secara senyap senyap semua bahan kimia diatas yang lebih dikenali sebagai ‘Endocrine distruptor’ atau’ Xenoestrogen’ akan memberi kesan dan gangguan kepada hormon wanita.
Keadaan ini dipanggil Dominasi Estrogen iaitu satu keadaan ketidakseimbagan hormon wanita tahap kronik, bukan sahaja menyebabkan masalah haid tidak teratur dan PMS( Premenstrual Syndrome) , malah terdedah kesan buruk seperti fibroid dan kanser.
3) Bagaimana rawatan hormon membantu menyelesaikan masalah haid tidak teratur dan sakit bengkak payudara semasa haid?
Bermula dengan melakukan pemeriksaan darah dan air liur yang dihantar ke makmal untuk untuk mengesan tahap hormon wanita dalam badan, hormon wanita yang tidak seimbang boleh distabilkan semula dengan rawatan terapi gantian hormon ( Bio Identical Hormone Replacement Therapy) secara personalized dan teliti samada dalam bentuk pil mahupun cream sapu khas untuk setiap pesakit.
Selepas sebulan wanita harus berjumpa semula denagn doktor untuk menjalani pemeriksaan berkala supaya hormon anda boleh dipantau dengan lebih rapi sehingga 6 bulan atau setahun dalam fasa pemulihan atau lebih lama lagi untuk kes kes yang lebih kronik dan serius.
4) Berdasarkan pengalaman Dr pada peringkat umur berapa wanita mengalami masalah haid tidak teratur dan sakit bengkak payudara semasa haid ini?
Secara umumnya hormon wanita dan lelaki akan berkurangan apabila meningkat usia 40 tahun atas faktor usia, tetapi keadaan ini boleh berlaku semakin awal sekitar usia 30 tahun dikalangan wanita jika faktor- faktor seperti stres, pemakanan dan nutrisi yang buruk akibat corak diet masakini seperti makanan segera dan tinggi kandungan gula.
Demikianlah wanita mudah terdedah kepada faktor diatas lebih awal usia seperti ynag kita ketahui suatu masa dahulu.
5) Berapa lama masa yang diambil untuk pesakit sembuh?
Setelah menjalani rawatan hormon bio- identikal secara konsisten dan intensif selama 6 bulan pertama, pesakit akan dapat merasakan perubahan dalam diri mereka.
Perlu dijelaskan jua, rawatan ini bukan seperti rawatan ubat- ubatan yang cepat memberi kesan, tetapi ada kesan sampingan tersendiri.
Pada 6 bulan seterusnya mereka akan menjalani fasa ‘maintainance’ ini, regime akan berterusan sehingga setahun atau lebih denagn pemantauan berterusan.
6) Adakah masalah haid tidak teratur dan sakit bengkak payudara semasa haid jika dibiarkan akan mendatangkan kesan buruk kepada seseorang? Jika ada, boleh Dr jelaskan?
Sindrom PMS ini jika dibiarkan berterusan saban hari akan memberi kesan kepada wanita kerana keseimbangan hormon estrogen dan progesterone yang berlaku memberi kesan buruk selain PMS, malah endometriosis, fibroid atau ketumbuhan dalam rahim malah kanser payudara.
Tambahan pula, tekanan emosi yang berpanjangan akibat symptom PMS jua memberi kesan buruk seperti penyakit hypertensi, insomnia dan obesity.
7) Nasihat Dr kepada wanita yang mengalami masalah ini apa yang sepatutnya mereka lakukan.
Setiap insan adalah unik dalam menjalani rawatan hormon bio- identikal walaupun kepada pasangan kembar. Seseorang perlu menjalani ujian penilaian tahap kesihatan dengan ujian darah dan air liur bagi mengetahui hormon manakah dan kesesuaian malah berapakah dos yang tepat untuk mereka.
Minda yang positif serta optimis terhadap keyakinan dengan proses yang berlaku mencepatkan proses pemulihan. Emosi ynag negatif melambatkan proses penyembuhan sel dalam menerima signal daripada hormon tadi.
Semestinya kawalan stres yang baik akan dititik beratkan dalam usaha usaha untuk sembuh daripada PMS. Pemakanan dan diet nutrisi adalah faktor yang akan diberi perhatian semasa rawatan justeru pesakit perlu memberi kerjasama dalam pemilihan makanan yang baik.
Faktor bersenam atau memilih untuk kekal aktif adalah saranan yang penting semasa rawatan jua.
Anda memerlukan tahap hormon yang optimum untuk menjalani hidup bukan hanya sekadar normal kerana ia tidak mencukupi. Bagaimanapun, ia bergantung kepada gejala yang dialami.
Bagi masalah PMS, ia boleh diubati menggunakan hormon progesteron. Apabila anda mengambil hormon progesteron yang mencukupi, masalah PMS dapat dihindari.
Akhir sekali, beri perhatian terhadap diri sendiri sekiranya mula merasai tanda tanda PMS kerana PMS boleh dirawat dan dicegah dengan kuasa ilmu dan tindakan dalam bijak memilih doktor terlatih yang bersama sama mencapai matlamat kearah kesihatan yang optima.
“Saya sentiasa mendoakan Anda terus menyahut cabran untuk kekal sehat karana kita semua berada di dalam era pantas dan laju kini. Nukilan,” ucap Dr Norhaslinda Bt Mat Hassin. (*/iin)